Dahsboard Tutorials Recipes Poster Fanfic My Journey Tips/Tricks

argh!sengal!

huh.time aku ada mood lah pen ni nak buat hal.ak campak kau dalam laut kang.biar kena makan dengan ikan josh!padan muka!
mood:sangat boring bila mula buat hw sejarah.argh.sejarah u sungguh romantik!
sapa tak setuju tolong pergi jauh2 taknak main!
oke.DONE!

tiba-tiba ja aku rasa aku perlu kahwin dengan pak ustaz

oke.i dont know why  my heart suddenly pump and pump non stop.yalah klau stop alamtnya ak jalan dhla kan.oke.ak teringat what my ibu said when she was watching imam muda,akedami alquran n etc she will said
ibu:kak u must find a guy like him
me:like him?
ibu:ya
me:oh oke.
haha.aku nampak macam anak yang taat kan?hee.cakap ibu tak boleh lawan tapi dalam hati macam nak menangis.mampus aku kena cari suami mcam imam muda ni.aku nak kebas mana.lagi satu ada ke pak imam muda tu nak kat ak?big question mark dkt situ eh.
ok ezza u nak yang mana?ambik je<---my dream word

hah!kaw fikir ad ke orang nak kata macam 2 dekat kaw ezza oi?oh oke.kalau tak da siapa nak kata macam 2 dekat ak tapi tak salah kan kalau aku berdreaming.oh indahnya daydream~
but!but!but!can u think what if my mom said....

ibu:kak u must find a guy like him
me:like him?
ibu:ya
me:oh oke.tapi kalau dah kahwin?
ibu:its ok kak,kak boleh jadi isteri kedua.
WHAT???(dalam hati)
the end.
pssst:ak rasa macam ad kawan ak yang bakal jadi ustaz je.lepas ni kena check my friends dkt fb.so ustaz please watch out!




promote my besties' ever !

i love to being their friend  damn much!i love u friends!oke lets meet my bestties' ever.diorang mmg i punya gucci!


i heart u girls!
making-sweetnessNANA

  • CEREWET!especially when the friday coming.so so pot pet pot pet.argh.feel like to campak her into segi tiga bermuda.
  • and attention please!dont u dare nak cari pasal dgn nana or u will die.mulutnya sangat lah BERBISA.memang perghhh!
  • PEMURAH.i love ur biscuit and kismis nana.
  • mudah patah semangat.when she cant do or cant get something she will down.i hate when she's cry!
  • always be there when i got stuck with any prob.i LOVE u nana!
  • BOROS.sampai perlu orang kena jaga her money.but luckly she is a rich girl.there a lot things to describe about her and that make her so special for me.she's my prada!

making-sweetnessZATIE EYZA


  • paling pandai POSING dpn camera and she got her own trademark when the camera shoot her.
  • she got a lots of FOOD in her locker.if u want gula,milo or anything just find her okay?
  • paling mengikut peraturan aka BAIK antara we all.i should be like her one day mybe.
  • i know her since form 1 and i learn from her to tackle a GUY."ak rasa ak dah jatuh cinta"i heard it almost or over 100times  from her mouth when handsome guys passing by.
  • u all can get TIPS about guy from her .and she's my LV.


making-sweetnessHAZIQAH(HAZIQ)


  • SINGA!garang tahap nak mati!cubitan,tumbukan memang sure n pasti lebam!
  • suara mcm KARTUN!sgt lawak bila dia jerit n marah mcm kartun.kecik ja suara.
  • sangat tak suka bila orang KONKONG dia.she love to be what she r.
  • paling OTAI!ak solute keberanian dia dalam membuat masalah.haha
  • sangat ANTI bila ada orang kacau hidup dia.she's my nike.
yeah we know we sangat alim kan?

diorang  make my day full of sunshines and my belly full of butterflies.i love u girls!





kembara Amira

ini bukan hasil dari ezza.ezza ambik dari blog seorang cikgu.so credit to him.terima kasih cikgu!

TEMA
Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melalui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
Perkara ini dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah semasa berada di Gunung Mat Raya iaitu tempat ibunya bersama-sama dengan pembantu dan pelajar-pelajarnya menjalankan aktiviti mencari gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh bukan sahaja Amira tetapi juga dihadapi oleh ibunya sendiri, Jacinta, Itai dan juga pelajar-pelajar ibunya yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan itu. Amira hampir mati lemas akibat tergelincir di sungai dan dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh Itai. Jacinta juga menghadapi cabaran iaitu dia pengsan dan sesat di dalam hutan ketika hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Jacinta juga bernasib baik kerana diselamatkan oleh Tau. Profesor Zaidah juga menghadapi cabaran iaitu dia mendapat kecederaan iaitu tangannya terseliuh apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana breknya mengalami kerosakan.

Tugas mereka hampir-hampir tidak dapat disempurnakan kerana keselamatan mereka bagaikan terancam dan menyebabkan Dr. Zawawi mencadangkan kerja-kerja cari gali itu ditangguhkan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah tidak bersetuju dengan cadangan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kerja lapangan itu dan mengatakan kerja itu perlu diteruskan. Amira tabah semasa melakukan kerja cari gali dan akhirnya dia menjumpai artifak yang berupa bekas air dan ada yang menjumpai karpus ataupun tulang pergelangan tangan manusia. Seterusya, Amira tabah menghadapi dugaan semasa hendak menyelamatkan Malique yang dikurung oleh makhluk yang berbulu (Tau) bersama-sama dengan Itai, Pak Lias, dan Jacinta.




PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.

2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.

7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.


WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama

1. Amira

Pelajar sekolah swasta.
Anak Profesor Zaidah
Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.
Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

WATAK SAMPINGAN

1. Jacinta
Berkulit cerah.
Berbangsa Cina.
Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
Anak seorang jutawan.
Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
Watak dan Perwatakan
Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.
14
2. Itai

Berkulit gelap.
Berbadan tegap.
Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
Anak kepada Tau.
Bakal ketua kampung.
Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

3. Profesor Zaidah
Wanita pertengahan usia
Ibu kepada Amira
Pensyarah universiti
Meminati bidang arkeologi
Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.
Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

4. Tau

Seorang yang tinggi lampai.
Berbadan tegap.
Bapa kepada Malique dan Itai.
Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).
Adik kepada Ludin.
Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.
Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.
Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.

5. Malique (Sabi)

Berkulit gelap.
Berambut kasar.
Anak Tau dengan Ipah.
Abang kepada Itai.
Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.
Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.




LATAR
Latar Masa

tahun 2002 ke atas; waktu pagi (di stesen kereta api), waktu petang (air terjun), waktu malam (kompleks arkelogi)

Latar Masyarakat:
Masyarakat yang terpelajar
Amira, serta semua pelajar Universiti yang terlibat dalam projek Arkeologi bersama-sama Doktor Zaidah di Desa Karpus.

Masyarakat yang mementingkan diri
John O’Hara dan pasukan mencari emasnya yang tidak memikirkan keadaan hutan yang semakin tenat dan perkampungan orang asli yang semakin terancam.

Masyarakat yang terpisah dari keluarga
Malique dan Itai yang terpisah dengan bapa mereka sejak dari kecil disebabkan tindakan ibu mereka iaitu Ipah ( Jennifer) yang keluar dari hutan tersebut.

Latar Tempat

1 Desa Karpus: tapak cari gali artifak / kompleks arkeologi yang dinamakan (secara tidak rasmi) sempena nama tulang karpus yang dijumpai. Lokasinya di belantara Titiwangsa, berhampiran Bukit Mat Raya. Kebanyakan penceritaan novel berkisar di situ. Pesawat Cessna yang dinaiki Ripley, isterinya (Brenda), dan anak (Samantha @ Ipah @ Jeniffer) terhempas di situ menandakan detik bermulanya konflik keluarga Tau. Dianggap sebagai "tapak suci" oleh Tau yang saban malam menjenguknya sejak berbelas-belas tahun.

2 Perkampungan orang Asli di sekitar Bukit Mat Raya: petempatan keluarga Itai, bersama-sama Ludin (ayah saudara, ketua kampung), Tau (adik Ludin), Jidin (bapa Ludin, Tau).
17
3 Air Terjun Angin: tempat Malique datang berjumpa Amira dan JC, memberikan alamat e-mel. Amira tergelincir ke dalam arus sungai yang berhampiran ketika berharap untuk bertemu Malique buat kali kedua.

4 Gunung Gua Gajah: terdapat dinding lakaran arang yang ditunjuki Tau dan jumpaan kapak batu zaman neolitik oleh Rusdi. Amira pula terpijak mobile disk milik Malique yang terjatuh gaung bersama-sama pacuan empat roda. Peranti itu menjadi petunjuk dalam misi menyelamat Malique yang 'ditawan' oleh makhluk misteri separuh beruang.

5 Bukit Kerengga: sebuah bukit curam yang hanya boleh didaki dengan pacuan empat roda oleh pemandu berpengalaman seperti Roslan yang membawa John O'Hara dan Malique.

6 Stesen kereta api Dahan Hijau: tempat Amira dan JC menunggu Pak Lias menjemput mereka ke Desa Karpus. Amira juga mengqada solat Subuh di situ. Menghubungkan belantara Titiwangsa dengan pekan terdekat.

7 Lata Bukit Hijau, Kulim: lokasi dusun nenek Amira.

8 Batu Feringghi: banglo keluarga Jacintha yang dijaga oleh Baba Teck dan Nyonya Sim setelah bapa JC berkahwin lain.

9 Bilik asrama sekolah sawasta di Pulau Pinang: tempat Amira memancing perhatian JC untuk mengajaknya menyertai rombongan kajian arkeologi Desa Karpus. JC tetap menginap di situ pada waktu cuti persekolahan bagi mengelakkan diri daripada ibu tirinya walaupun disediakan tiket penerbangan ke London.

10 Koc (gerabak kereta api: pertama kali Amira terpandang Malique (berkulit agak gelap), kontras dengan seorang lelaki kulit putih yang nyenyak di sebelahnya.





PLOT
(i) Permulaan

Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii) Perkembangan

Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.

(iii) Klimaks

Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.

(iv) Peleraian

Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.


TEKNIK PLOT
1. Pemerian
• Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.

2. Dialog
• “ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.

3. Imbas kembali
• Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

4. Kejutan
• Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.

5. Suspens
• Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.
•
Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.


• Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.

• Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan O’Hara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan O’Hara yang berkulit putih.


GAYA BAHASA
1. Simile
Contoh:
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

2. Personifikasi
Contoh:
Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada
haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

3. Hiperbola
Contoh:
“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”

4. Sinkope
Contoh:
“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta

5. Inversi
Contoh:
Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.

6. Kata Ganda
Contoh:
Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru Samantha.

7. Peribahasa
Contoh:
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.


NILAI

1. Nilai bekerjasama
Contoh:
Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

2. Nilai kasih sayang
Contoh:
Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

3. Nilai keberanian
Contoh:
Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

4. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

5. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

6. Nilai kesopanan
Contoh:
Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

7. Nilai ketaatan
Contoh:
Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.

8. Nilai amanah
Contoh:
Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.

9. Nilai keikhlasan
Contoh:
Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.

10. Nilai tolong-menolong
Contoh:
Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.


PENGAJARAN


1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
Pengajaran

5. Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

sinopsis mengikut bab::sini::

SHOW ME YOUR BFF CONTEST.

hey girls out there!watch this out!
how to join?
its easy dear,just click this banner or picit sini okey girls
warning:this for girls only.so boys please break up dgn ur punya bff now!

choco chips tin biscuit present her bff...


Dear Nurulbadiah Lai,
meet my besties ever,NANA.my sweets whem im sleepng during history class and my biscuit supplier when im hungry during midnight.please,look at the picture eventhough ''she's not beautiful'' but i still love her.she make my day full of sunshines and my belly full of butterflies.i love u nana and never regret to say it loud(:

ezza nak tag:
ily
jannah
naddo
dhyla



everybody love domo.do you?



i love domo damn much!
oh!domo ure so so adorable.rawr!
domo.domo.domo
i fall in love on you domo!
domo cute?
 cute yeah!
why domo ure so cute?
tell me.
i wanna kiss u 100 times and mybe more and more.
i want to hug domo tightly!
im crazy.
really really crazy
D-O-M-O!

Contest Blog Simple Tapi Kemas

salam.hai peeps!rasanya sangat lama ezza tak join any contest.but today ezza nak break the record(erk break?)ezza nak join this contest.eventhoungh my blog not as cun as your but i love my blog.hee.i now u love ur blog too rite?oke.this contest organise by izyan and meera
for more information please klik this banner ye syg

please highlight" penyertaan ini terhad untuk 100 org shj " so please be faster!taip laju2 oke!

ezza nak tag:
jannah salleh
bayang-bayang
dak pipimerah

cakap je tak suka blog ak tapi baca jugak.hee(:

entry ni khas buat NABILAH BT JASMANI.
minah ni cukup ANTI dgn blog ak.ak pun tak faham kenapa.adakah ak terlalu cun?.hee.sungguh tidak pasal!minah ni bab kutuk blog ak mmg serah pada dia lah.sungguh tidak berwawasan!
tapi sungguh pelik bila dia kutuk blog ak msti sebut pasal perkembangan blog aku.semua yang aku tulis semua dia kutuk.
aik?bagaimana saudari nabilah tahu?hebat jugak minah ni ambik tahu jugak anything apsal blog ak.eleh dah mula admire blog aku lah 2h.hee.
btw nab aku tetap sayang unk walaupun unk terus menerus kutuk aku punya blog.aku harap NABILAH BT JASMANI  baca blog aku.heee
nab unk rasa bangga tak gambar unk masuk blog aku?heee

im coming home

woa,today was a fairy tale...lalala
ehem..ehem..ehemm
oke,ak akhirnya bejaya juga menjejak kn kaki di rumah dgn selamtnya,alhamdulillah.
I'm coming home 
I'm coming home 
tell the World I'm coming home 
Let the rain wash away all the pain of yesterday 
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes 
I'm coming home, I'm coming home 
tell the World that I'm coming 
ok mcm biasa gmbar sungguh tiada kena mngena,,,hee
si bolat!