Dahsboard Tutorials Recipes Poster Fanfic My Journey Tips/Tricks

Bubur ,Sambal ikan bilis , telur goreng , ikan kering , sardin

Assalamualaikum and hi . 
Ha tudiaa kemahin tajuk .  Setiap minggu boleh cakap ada test . Penat lah . Dah kenapa aku tiba-tiba cakap pasal test . Bila ada test mestilah kena study kan . So 
sebenarnyakan time kau tengah study lah , kau nak buat macam macam . Nak buat air lah , nak check email lah , nak call ibu lah , nak tanam jagung lah , nak tangkap ikanlah , dan sebagainya .

Well nak dijadikan cerita tengah study :
A : wei bosanlah . Jom makan 
B : jom order . Eh taknaklah nak jimat duit .
C + D + E : jom masak ! "

Maka setelah berbincang * nak makan pun kena fikir dan berbincang okay *  kami decide  nak masak yang simple je .
maka dengan itu terhasilah 
BuburSambalikanbilistelurgorengikankeringsardin ( baca dalam satu ayat dan satu nafas ) kenapa ?Sajaaaaaaaaaaaaaaaa (: 
kami saling membahagikan tugas masing masing . Kau masak ni . Aku masak ni . Hahaha comel kan kitaorang hehehe #tibatiba

Macam ni lah hidup orang bujang dan perantau . 
Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku nak cerita pasal benda ni . Mungkin sebab aku lapar mungkin . Mungkinnnnnnnn

Bye

Wreck This Journal By Keri Smith

Assalamualaikuam and hi .

saya dah jumpa hobi baru yeayy! tapi tak tahulah berapa lama nak tahan -_-' 
hobi baru tersebut adalah ' WRECK THIS JOURNAL ! '

sebelum tu tahu tak apa tu wreck this journal . ha sila google atau tengok youtube okay . harga buku ni saya beli dalam rupee 3++ so kalau convert duit malaysia dalam RM 20+ je .

berbaloi sebenarnya buku ni . sebab dia meng'stimulate' kan otak kiri anda . dan dan dan sangat sesuai kalau nak bagi hadiah kepada remaja . bagi berkembang sikit otak and jangan asyik dengan phone je . eh terasa pulak .  tak tak tak kita dah dewasa mmmmmmmmmmmmm

so tanpa melengahkan masa lagi  *cewahhh* ini adalah bukunya 
*drumroll please *


simple je kan ?
sebenarnya aku dapat rasa left brain aku atrophy . hah senang cerita otak aku
tak membiak langsung . asyik berfikir dalam kotak dan fakta sahaja . tak mencabar kan ?

dalam buku ni dia ada bagi arahan kita kena buat apa pasal buku ni . 
nah tengok video ni



so ini pulak buku saya/aku 
*drumroll and fireworks please hehehe *
                                           
siapa curi gambar ni i will cut you into pieces and make rendang maybe . tapi kalau saya tak tahu , i will mmmm krikkrik .


so buku ni dalam progress about 35% baru siap 
nah kita bagi snapview sikit 

ha pusing kepala kau nak tengok . i don't care .

tapikan aku rasa serba salah petik semua bunga ni . *lepas petik baru nak serba salah kan*
hmm aku rasa aku dah buat dosa kecil . aku halang bunga-bunga ni dari berzikir . aku tahu aku salah tapi tapi tapi .aku sampai mimpi pasal bunga ni . hmmm
 so kepada anda semua sila jangan petik bunga-bunga okay .
beli bunga artificial je tau .


tiba-tiba hilang pula sakit kepala bila tulis blog . eh (:
k sekian and byeeeeeeeeeeee

#now tengah tunggu buku ' MESS BY KERI SMITH" yeayyy !

Dua Kosong Satu Lima

assalamualaikum and hi

wahh dah 2015 . tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas . kejap apa jadi masa 2014 ? Kenapa rasa macam sama je * berat badan dikecualikan* .

'Tahun' is directly proportional to 'umur' kan ? So makin bertambah tahun makin bertambah lah umur.  Kan ? So unofficially aku sudah berumur 21 . Huyooo . Ada yang umur 21 dah ada anak dua . Tapi aku masih lagi makan meggi di tengah malam . Apa kena mengena ya ? Okay abaikan . Dulu aku ingat lagi , aku nak sangat umur 16 . Sweet sixteen giteww hahahaha sungguh tidak matang . Dan aku percaya bukan aku seorang ja yang rasa macam tu kan . Tapi aku suka zaman remaja aku. *cewah izzah kau cakap macam kau dah dewasa sangat hahahaha *

Meh nak cerita zaman tak matang aku dulu . Hahaha bukan nak memalukan cuma ianya sangat sweet untuk tidak diceritakan .

Pertama :
kau sanggup berbaring atas rumput semata-mata nak bergambar . Hah nak setting tempat satu hal setting orang satu hal . Tak kira lagi nak buat bulat lah bujur lah benjol ke . Semua macam "tak kira aku nak masuk dalam gambar jugak "
Btw cantik bunga-bunga kitaorang hahahahah

Kedua
kau sanggat bangga bila spm . Bukan bangga nak spm cuma bangga kau dah senior . Hohoho . Aku paling suka zaman senior aku . Aku rasa macam " hoi kau budak' sila hormat aku ". Jalan depan 'budak-budak ' tu kira nak angkat dagu je tabik  dan dabik dada Siapa tak rasa macam ni  sangatlah rugi .

Ketiga

Dengan public phone kau jadi kerja . Ni sebenarnya time ni kena halau keluar blok . Pergi riadah . Hey siapa nak pergi riadah kot . Kalau ada abe abe hot takpe lah jugak . Lagi pun badan time  tu dah fit buat nak riadah kan . Ha riak lah sangat, *time tu je fit lepas tu mmm * 

Keempat
 Ni lol . Cadangnya nak ambil dobi je . Tapi sempat lagi bergambor . Nasib tak kena halau dgn mak cik dobi . 

         Ha ni lagi satu celah-celah pokok pun boleh bergambar . Aku tak pasti ni idea siapa . Yang pasti bukan aku . Kalau aku , bergambar mesti atas tangki rumah pengetua. Baru rare 
kalau anda perhatikan gambar ni semua tudung 'kelepet' senget . Ni lepas main hujan . Macam nak gila main hujan . Tak fikir pun nak sakit ke nak kena kejar dengan penolong pengetua ke . Takde . Cuma fikir "dunia ni ana yang punya"
Dan yang ke berapa ya . Kau akan tangkap gambar aksi/ kenangan kawan kau yang paling memalukan dan kau akan simpan sampai sekarang . Buat stok masa kau jumpa dia time dia nak kahwin nanti . Hehehe 

Lastly 
Please enjoy zaman muda kau . Zaman paling aku tak kan lupa sampai bila-bila *menangis*

Bye 
#tiba-tiba rasa nak masuk selimut nangis senyap-senyap