Assalamualaikum and hi
kita bersua lagi , sebenarnya banyak kali nak update blog tapi pemalas ya rab
bila dah rajin , buka new post jadi blank .
cadangnya nak cerita pasal pengalaman raya di India . Sedih wooo . tapi gambar malas transfer .
so yang ada cuma gambar pasal bangalore . so jom kita explore India sikit
truly cakap aku suka Bangalore sebab aku tahu tempat mana nak habiskan duit . hew hew
so jom ( untuk kali keduanya ) :
1 . Bangalore Palace
Tempat ni cantik dan sangat sesuai untuk bergambar . kalau nak masuk dalam and bergambar kena bayar . dah alang-alang bayar so kita masuk jelah . kalau masuk dalam ada lah sejarah sikit . aku tak ingat sebab cikgu sejarah baling marker dekat aku sebab aku selalu tidur dalam kelas dia. so terus aku merajuk dengan sejarah . nasib baik A SPM ( nak juga cakap )
masa yang diluangkan : 30 minit
2. Wonder La
ini theme park .jauh juga dari bandar . ada bahagian kering dan basah . tapi aku tak pergi bahagian basah sebab mm banyak sangat mamat indian . segannyaa . hahaha
masuk dalam Rs 400lebih ( RM20++ ) murah kauu dan boleh main semua benda. SEMUA ! okay ini sebab dapat student price yang belajar dekat india . lupa pula harga bagi foreigner . sila google ye .
tapi aku kecewa sikit lah , 'depa' suruh kita buka tudung sebab takut apa-apa jadi bila main . arghh tu aku bengang . tapi kitaorang cekalkan hati tak nak turun nak main jugak * hentak kaki*
kitaorang cakap dah pakai safety pin , ikat kemas2 tudung . last-last pak cik tu kasi . hahaha sukanyaaaa kitewwww
aku bagi 3/5 . not bad lah bagi 'kanak-kanak' yang sukakan keriangan . hahaha
masa yang diperuntukkan : seharian
3 . Shopping Complex and Street
Mall
- Pheonix mall
- UB City Mall ( mahal and aku pergi makan sushi je )
- Orion Mall
- Mantri Mall ( Okaylah )
Street
- CS road ( Commercial street Road )
kalau nak shopping sari cari kedai KOHINO (kedai Islam dan murah )
- MG Road ( Mahatma Gandhi Road )
4 . Tempat Makan
-SUSHI ( SHIRO , UB CITY MALL )

paling murah + tempat very the mabeles + tambah banyak ( buffet ) dekat Shiro , UB City Mall
bayangkan kau makan shushi + dumpling dan sebagainya bertambah tambah sampai semput dalam RM 50+ JE .
serius tak tipu .tapi sila pergi waktu lunch ( buffet 11am-3pm ) okay




- BBQ ( BBQ NATION )
dekat BBQ Nation . murah dan siap ada orang serve lagi you know ha . tapi sayang ada jual arak/wiski .
buka pada waktu malam sahaja .
Sekian dah nak tidur .






1 comment:
bestnya...teringin nak jalan sana...
Post a Comment