well , selepas telan 5 botol yakult , 6 keping seaweed , 2 bungkus laksam dan sekarang tak boleh tidur
sebab kembung sangat perut
Alhamdulillah first time buat and menjadi ,so jom proceed !
*ini gambar google , saya tak sempat tangkap gambar dah masuk perut (:*
BAHAN-BAHAN
sumber : Azie's kitchen
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon
CARA-CARA
sumber : saya dengan bangganya
1- larutkan cream cheese , butter , susu dengan cara double boiler dan sejukkan
2- Dalam bekas lain campurkan tepung kek , tepung jagung , lemon , garam , kuning telur . (sila ayak tepung )
3- kemudian campurkan larutan cream cheese , butter , susu tadi dengan tepung jagung , tepung kek , kuning telur , lemon dan garam . gaul guna spatula hingga sebati
4-Dalam bekas lain pukul putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan lemon ,
pukul sedikit (kelajuan sederhana )
5 - kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan lemon tadi dan pukul dengan kelajuan tinggi. pukul sehingga berkilat and bertanduk ' stiff peak form'
6 - campurkan kedua-dua bahan A dan B dan kacau hingga sebati (guna spatula je)
7- panaskan oven 160c dahulu dalam 30 min
8-sediakan loyang/bekas kek 8inci ( digriskan dan salut dengan kertas minyak )
9-tuang adunan kek ke dalam bekas
10-bakar kek menggunakan kaedah bain-marie (water bath ) di dalam oven suhu 160c selama 1 jam 10mins

tips Cotton Soft Japanese Cheesecake *PENTING! * :
-Telur in room temperature
-semasa asingkan telur pastikan tiada telur kuning TIDAK BERCAMPUR LANGSUNG dengan telur putih
-sila tapis larutan cheese,butter,susu sebelum dicampurkan kedalam tepung-tepung then baru campurkan dengan bahan B ( putih telur , gula , lemon yang tela dipukul )
-sila balut bekas kek dengan kertas aluminium takut sewaktu bakar air termasuk dalam kek ,tapi saya tak balut pun sebab takde kertas aluminium
-untuk kali terakhir sila tapis campuran bahan A dan B sebelum dituang kedalam bekas kek .
okay sayonara (:
No comments:
Post a Comment