Dahsboard Tutorials Recipes Poster Fanfic My Journey Tips/Tricks

Bubur ,Sambal ikan bilis , telur goreng , ikan kering , sardin

Assalamualaikum and hi . 
Ha tudiaa kemahin tajuk .  Setiap minggu boleh cakap ada test . Penat lah . Dah kenapa aku tiba-tiba cakap pasal test . Bila ada test mestilah kena study kan . So 
sebenarnyakan time kau tengah study lah , kau nak buat macam macam . Nak buat air lah , nak check email lah , nak call ibu lah , nak tanam jagung lah , nak tangkap ikanlah , dan sebagainya .

Well nak dijadikan cerita tengah study :
A : wei bosanlah . Jom makan 
B : jom order . Eh taknaklah nak jimat duit .
C + D + E : jom masak ! "

Maka setelah berbincang * nak makan pun kena fikir dan berbincang okay *  kami decide  nak masak yang simple je .
maka dengan itu terhasilah 
BuburSambalikanbilistelurgorengikankeringsardin ( baca dalam satu ayat dan satu nafas ) kenapa ?Sajaaaaaaaaaaaaaaaa (: 
kami saling membahagikan tugas masing masing . Kau masak ni . Aku masak ni . Hahaha comel kan kitaorang hehehe #tibatiba

Macam ni lah hidup orang bujang dan perantau . 
Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku nak cerita pasal benda ni . Mungkin sebab aku lapar mungkin . Mungkinnnnnnnn

Bye

Wreck This Journal By Keri Smith

Assalamualaikuam and hi .

saya dah jumpa hobi baru yeayy! tapi tak tahulah berapa lama nak tahan -_-' 
hobi baru tersebut adalah ' WRECK THIS JOURNAL ! '

sebelum tu tahu tak apa tu wreck this journal . ha sila google atau tengok youtube okay . harga buku ni saya beli dalam rupee 3++ so kalau convert duit malaysia dalam RM 20+ je .

berbaloi sebenarnya buku ni . sebab dia meng'stimulate' kan otak kiri anda . dan dan dan sangat sesuai kalau nak bagi hadiah kepada remaja . bagi berkembang sikit otak and jangan asyik dengan phone je . eh terasa pulak .  tak tak tak kita dah dewasa mmmmmmmmmmmmm

so tanpa melengahkan masa lagi  *cewahhh* ini adalah bukunya 
*drumroll please *


simple je kan ?
sebenarnya aku dapat rasa left brain aku atrophy . hah senang cerita otak aku
tak membiak langsung . asyik berfikir dalam kotak dan fakta sahaja . tak mencabar kan ?

dalam buku ni dia ada bagi arahan kita kena buat apa pasal buku ni . 
nah tengok video ni



so ini pulak buku saya/aku 
*drumroll and fireworks please hehehe *
                                           
siapa curi gambar ni i will cut you into pieces and make rendang maybe . tapi kalau saya tak tahu , i will mmmm krikkrik .


so buku ni dalam progress about 35% baru siap 
nah kita bagi snapview sikit 

ha pusing kepala kau nak tengok . i don't care .

tapikan aku rasa serba salah petik semua bunga ni . *lepas petik baru nak serba salah kan*
hmm aku rasa aku dah buat dosa kecil . aku halang bunga-bunga ni dari berzikir . aku tahu aku salah tapi tapi tapi .aku sampai mimpi pasal bunga ni . hmmm
 so kepada anda semua sila jangan petik bunga-bunga okay .
beli bunga artificial je tau .


tiba-tiba hilang pula sakit kepala bila tulis blog . eh (:
k sekian and byeeeeeeeeeeee

#now tengah tunggu buku ' MESS BY KERI SMITH" yeayyy !

Dua Kosong Satu Lima

assalamualaikum and hi

wahh dah 2015 . tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas . kejap apa jadi masa 2014 ? Kenapa rasa macam sama je * berat badan dikecualikan* .

'Tahun' is directly proportional to 'umur' kan ? So makin bertambah tahun makin bertambah lah umur.  Kan ? So unofficially aku sudah berumur 21 . Huyooo . Ada yang umur 21 dah ada anak dua . Tapi aku masih lagi makan meggi di tengah malam . Apa kena mengena ya ? Okay abaikan . Dulu aku ingat lagi , aku nak sangat umur 16 . Sweet sixteen giteww hahahaha sungguh tidak matang . Dan aku percaya bukan aku seorang ja yang rasa macam tu kan . Tapi aku suka zaman remaja aku. *cewah izzah kau cakap macam kau dah dewasa sangat hahahaha *

Meh nak cerita zaman tak matang aku dulu . Hahaha bukan nak memalukan cuma ianya sangat sweet untuk tidak diceritakan .

Pertama :
kau sanggup berbaring atas rumput semata-mata nak bergambar . Hah nak setting tempat satu hal setting orang satu hal . Tak kira lagi nak buat bulat lah bujur lah benjol ke . Semua macam "tak kira aku nak masuk dalam gambar jugak "
Btw cantik bunga-bunga kitaorang hahahahah

Kedua
kau sanggat bangga bila spm . Bukan bangga nak spm cuma bangga kau dah senior . Hohoho . Aku paling suka zaman senior aku . Aku rasa macam " hoi kau budak' sila hormat aku ". Jalan depan 'budak-budak ' tu kira nak angkat dagu je tabik  dan dabik dada Siapa tak rasa macam ni  sangatlah rugi .

Ketiga

Dengan public phone kau jadi kerja . Ni sebenarnya time ni kena halau keluar blok . Pergi riadah . Hey siapa nak pergi riadah kot . Kalau ada abe abe hot takpe lah jugak . Lagi pun badan time  tu dah fit buat nak riadah kan . Ha riak lah sangat, *time tu je fit lepas tu mmm * 

Keempat
 Ni lol . Cadangnya nak ambil dobi je . Tapi sempat lagi bergambor . Nasib tak kena halau dgn mak cik dobi . 

         Ha ni lagi satu celah-celah pokok pun boleh bergambar . Aku tak pasti ni idea siapa . Yang pasti bukan aku . Kalau aku , bergambar mesti atas tangki rumah pengetua. Baru rare 
kalau anda perhatikan gambar ni semua tudung 'kelepet' senget . Ni lepas main hujan . Macam nak gila main hujan . Tak fikir pun nak sakit ke nak kena kejar dengan penolong pengetua ke . Takde . Cuma fikir "dunia ni ana yang punya"
Dan yang ke berapa ya . Kau akan tangkap gambar aksi/ kenangan kawan kau yang paling memalukan dan kau akan simpan sampai sekarang . Buat stok masa kau jumpa dia time dia nak kahwin nanti . Hehehe 

Lastly 
Please enjoy zaman muda kau . Zaman paling aku tak kan lupa sampai bila-bila *menangis*

Bye 
#tiba-tiba rasa nak masuk selimut nangis senyap-senyap



Birthday Party

assalamulaikum and hi

sebenarnya post ni pasal zaman sekolah tapi setelah banyak kali fikir biarlah aku simpan kenangan tu. kenangan yang paling aku sayang kenapa nak share kan ? dan kenapa nak ungkit zaman silam ? kau kena move on . kena belajar lepaskan kenangan lalu dan hidup sebagai seorang yang dewasa yang penuh MASALAH , KERJA , TANGGUNGJAWAB DAN SEGALANYA .fuh cool down. izzah kau grace kelly okay .GRACE KELLY . pheww

dan disini juga bukan aku nak cerita pasal kedewasaan aku . aku nak cerita pasal birthday party . yeayyy ! siapa yang happy sekarang ? mmm okay aca - ackward 
terus kan pasal how we celebrate our birthdays

1 . KEJUTAN 

kami sangat suka akan kejutan tapi kan every birthday kitaorang dah macam " aku tahu diorang nak sambut birthday aku malam ni " dan terlalu banyak dengan suprise sampai tak tahu nak buat suprise macamana dan sampai .......

" wei nak gambar kau nak lekat dalam birthday card "
'wei malam ni free kan diri kau , nak sambut birtday kau dekat @T^#@# "
 " kek coklat kau makan tak ? "
dan paling tak boleh tahan
masuk kedai beg " kau pilih lah beg mana kau nak , aku nak bagi hadiah . tapi kau bayar dulu lah aku tak bawa duit " haah sampai macam tu . ini kisah benar .

ingat senang buat suprise ?
kitraorang jugak pernah buat bunga api sebagai suprise . bunga api yang besar tu tau * cey nak jugk cerita hahahahah*
Kitaorang jugak pernah suruh kedai pasang birthday song then suruh mana2 waiter handsomegg kasi bunga . hahhaaha





2.PENGORBANAN
apa kau ingat birthday ni tak perlu pengorbanan ke ? kau perlu korban kan masa kau tahu . paling aku terharu waktu birthday aku . time tu tengah exam block . tapi nak habis dah lah . then time tu jugak lah birthday aku, why time tu ? don't ask me .
mula-mula aku sedih jugak lah kenapa orang tak wish dekat aku . aku tahu diorang sibuk . tapi sekurang-kurangnya wish lah. ceyyy emo hahahhahahahahahah *malu*
tak sangka diam2 diorang buat whatsapp group "izzah's birthday' and bincang pasal birthday aku yang pasti aku tiada dalam group tu lah .terharuuuuuuuuuuuuuuuu . i cry so hard .



3. MAKANAN 
apa guna birthday kalau tiada makanan . kadang-kadang kitaorang masak sendiri . kadang kitaorang belanja je . ikut kerajinan lah . tapi wajib ada kek . walaupun aku kurang gemar kek . wajib ada makanan sampingan . dan paling tak tahan diorang tempah kek khas untuk aku . haih mana lah aku tak sayang hampa hoi . eh asal aku asyik cerita pasal birthday aku je. okay next 




4.HADIAH
kalau jadi aku lah cukuplah kasih sayang sebagai hadiah * epilepsy * well siapa nak hadiah macam tu kan . kadang-kadang kitaorang akan hadiahkan birthday card, bunga , coklat , etc .






5 . KAWAN
aku rasa benda ni paling penting antara semua . sedihnyaaaa hidup sambut birthday and seronok sendiri kan ? 

okay done .

Kenali ' INTROVERT dan EXTROVERT '

assalamualaikum and hi


sebenarnya penat lah bila asyik kena fikir pasal orang . penat , exhausted . bila diam dikatanya tak diambil tahu bila cakap ada yang terasa . haih . i don't understand you lah people . please ! nasib baik tak stress sampai artis korea yang banyak bunuh diri tu . aku baru tahu salah seorang pelakon dalam boys over flower tu sebenarnya bunuh diri sebab tekanan media. hah sudah  . macamana boleh masuk pasal artis korea pulak . aku nak cerita pasal benda lain tadi rasanya




okay comeback readers ( macamlah ada orang baca kan izzah , tambah 's' pulak hah )
sebelum tu aku rasa cuma dalam 50% orang sahaja tahu apa itu introvert and extrovert  .

kalau yang tahu tu bagus , yang tak tahu ni nak cerita 
introvert adalah manusia unik yang lebih suka menyendiri . 

nak maksud penuh sila google ya sayang .
bukan mereka tiada kawan , cuma mereka perlukan masa bersendiri . PRIVACY YOU KNOW. anggap introvert seorang yang pemalu adalah SALAH . nah english kalau tak faham 'Mistaking introversion for shyness is a common error "

bagi aku lah siapa yang dapat berkawan dengan orang introvert ni sangat bertuah . kenapa ? sebab orang introvert ni sangat berhati-hati memilih kawan . mereka akan pilih kawan yang mereka selesa dan kawan-kawan mereka sangat UNLIMITED !
dan ada cara untuk approach introvert . nak tahu sila google . amboi semua nak bagi sonangnya hidup awak .
tapi aku percaya setiap orang mesti ada side extrovert and introvert .


hah apa pulak extrovert ? extrovert adalah perkataan berlawan kepada introvert . 

extrovert ni jenis orang yang sangat ramah . semua orang dia nak tegur sampaikan si semut yang kecil tu pun dia nak tegur .
dan dia tak senang kalau takde siapa nak layan dia.
extrovert ni senang cerita berlawan kepada introvert . ( kah nampak sangat aku dah malas tulis )


nah gambar dan video untuk awak lebih faham .

These are great tips for students, and life in general



Gossip Girl

assalamualaikum and hi
amaran : post ini sia sia .

satu cerita je aku boleh ulang dekat sepuluh kali eh aku pun tak ingat berapa kali aku ulang hahaha

dan setiap kali aku tengok mesti aku jatuh cinta . serius aku jatuh cinta dengan semua watak dalam cerita ni .

tapi paling aku  rasa AWESOME adalah Blair . character dia paling aku teringin nak jadi . ehem .
 ( sila sedar diri izzah * slap myself * )

next paling COOL adalah Chuck ! playboy yang wowwww ! *scream*

ketiga paling HOT adalah Serena . bestfriend paling top !

keempat paling HANDSOME adalah Nate ! kenapa kau mesti kacak sangat nate * scream again ?*

kelima adalah Dan . Dan sangat insider . dan paling tak sangka dialah gossip girl . WHAT ???


GOSSIP GIRL 
SEASON 1-6 
PG 18

best couple dalam cerita ni ofcourse CHAIR ( chuck and blair )

okaylah kena sambung study .
daaaaaa 

Lanterns

Assalamualaikum  and hi
wah tiba-tiba rasa semangat nak menulis .
selama ni sibuk . acewahh . sibuk lah sangat ( tapi betul memang sibuk * muka serius * )


okay back to the topic
bila fikir pasal lanterns mesti aku teringat cerita rapunzel tu .
bila birthday aku je mesti ada banyak lanterns dilepaskan wahhhhhhhhhhhhhhh ( sebenarnya nak perasan jadi pwincess . okay biarkan yang tu )

okay first time pergi tersangat lah excited . EXCITED tahu .
sekali dalam setahun je awak . tapi awak kena sedar awak dekat india bukan dekat malaysia . ehem
kejadian lantern tu dekat padang . then bergerak lah menuju padang .
satu lantern untuk dua orang .so aku dengan kawan aku ceh habis impian aku nak lepaskan lantern bersama suami tersayang .


tapi sebelum nak lepaskan lantern semua tu adalah sedikit persembahan nyanyi nyanyi menari . hah yang ni aku terkejut . wahh semua terlompat lompat dengar lagu . tak tahu kenapa aku rasa takut tengok . so pergi jauh jauh sikit dari tempat menari tu .

then dalam 30 mins baru nak lepaskan lantern . wah excited uolsssss . tapikan jahat lah ada seorang abang tu ( cancel panggil abang ) berani dia datang then tolong lepaskan lantern kita . hmmm .
nak mengamuk pun dia bukan faham .

dah lah layan lah gambar kita  .

 harap maklum gambar atas bukan saya 

nah video untuk awak juga 


sekian



Tempat Menarik Di Bangalore , India

Assalamualaikum and hi
kita bersua lagi , sebenarnya banyak kali nak update blog tapi pemalas ya rab
bila dah rajin , buka new post jadi blank .
cadangnya nak cerita pasal pengalaman raya di India . Sedih wooo . tapi gambar malas transfer .

so yang ada cuma gambar pasal bangalore . so jom kita explore India sikit
truly cakap aku suka Bangalore sebab aku tahu tempat mana nak habiskan duit . hew hew
so jom ( untuk kali keduanya ) :

1 . Bangalore Palace 
 


Tempat ni cantik dan sangat sesuai untuk bergambar  . kalau nak masuk dalam and bergambar kena bayar  . dah alang-alang bayar so kita masuk jelah . kalau masuk dalam ada lah sejarah sikit . aku tak ingat sebab cikgu sejarah baling marker dekat aku sebab aku selalu tidur dalam kelas dia. so terus aku merajuk dengan sejarah . nasib baik A SPM ( nak juga cakap )
masa yang diluangkan : 30 minit

2. Wonder La


ini theme park .jauh juga dari bandar . ada bahagian kering dan basah . tapi aku tak pergi bahagian basah sebab mm banyak sangat mamat indian . segannyaa . hahaha
masuk dalam Rs 400lebih ( RM20++ ) murah kauu dan boleh main semua benda. SEMUA ! okay ini sebab dapat student price yang belajar dekat india . lupa pula harga bagi foreigner . sila google ye .
tapi aku kecewa sikit lah , 'depa' suruh kita buka tudung sebab takut apa-apa jadi bila main . arghh tu aku bengang . tapi kitaorang cekalkan hati tak nak turun nak main jugak * hentak kaki*
kitaorang cakap dah pakai safety pin , ikat kemas2 tudung . last-last pak cik tu kasi . hahaha sukanyaaaa kitewwww

aku bagi 3/5 . not bad lah bagi 'kanak-kanak' yang sukakan keriangan . hahaha
masa yang diperuntukkan : seharian

3 . Shopping Complex and Street

Mall
- Pheonix mall
- UB City Mall ( mahal and aku pergi makan sushi je )
- Orion Mall
- Mantri Mall ( Okaylah )

Street
- CS road ( Commercial street Road )
kalau nak shopping sari cari kedai KOHINO (kedai Islam dan murah )
- MG Road ( Mahatma Gandhi Road )

4 . Tempat Makan

-SUSHI ( SHIRO , UB CITY MALL )

paling murah + tempat very the mabeles  + tambah banyak ( buffet ) dekat Shiro , UB City Mall
bayangkan kau makan shushi + dumpling dan sebagainya bertambah tambah sampai semput dalam RM 50+ JE .
serius tak tipu .tapi sila pergi waktu lunch ( buffet 11am-3pm ) okay





- BBQ ( BBQ NATION )
dekat BBQ Nation . murah dan siap ada orang serve lagi you know ha . tapi sayang ada jual arak/wiski .
buka pada waktu malam sahaja .

Sekian dah nak tidur .

Resepi Puding karamel Kukus Paling Mudah

assalamualaikum

ini antara resepi paling mudah terutama bagi beginner yang macam kita yang sedang berjinak-jinak dalam bidang masakan ini maka yang demikian kita boleh mencubanya dan ia sangat enak dimakan tetapi kalau banyak pengambilan makanan ini kemungkinan dijangkiti diabetes mellitus . pheww non stop !

so jom !

gambar google

BAHAN-BAHAN

-untuk gula hangit (base puding karamel )
5 sudu besar gula
1/2 cawan air

-untuk puding
5 biji telur
1 tin susu sejat cair
3 sudu besar gula
1 cawan air
esen vanila

-CARA-CARA
gula hangit
1-Masukkan gula kedalam kuali dan panaskan dengan api sederhana
2-bila gula dah keperang-perangan masukkan air
3-kacau supaya tidak berketul-ketul
4-padamkan api dan masukkan kedalam bekas yang diingini

puding
1-sementara menunggu gula hangit sedikit sejuk , pecahkan telur dan kacau sehingga sebati pakai sudu je
2-kemudian panaskan susu cair , gula dan air sehingga gula larut ( api sederhana )
3-tuangkan susu cair , gula dan air yang dah sebati tadi kedalam telur tadi
4-kacau hingga sebati
5-tuangkan campuran susu cair , gula , air telur ( ditapis ) tadi keatas gula hangit
6-masukkan kedalam bekas pengukus dan kukus selama 20-25 minit
7-masukkan kedalam peti dan biarkan sejuk
8- sedia untuk dimakan



sekian

Resepi Kuih Sagu

assalamualaikum
resepi ni paling senang dan paling disukai .
minggu cuti ni paling banyak buat kek , kuih , agar dan menjahit . wow macam ni ke rasa seorang suri rumah yang berjaya ?

ok jom teruskan !


gambar google

BAHAN-BAHAN :

3 cawan sagu
3 cawan air ( saya kurangkan kepada 2 cawan )
1/2 cawan gula
pewarna merah ( atau apa-apa warna yang disukai )
daun pandan ( saya tak guna pun )
kelapa muda parut  + garam

CARA-CARA :

1-bersihkan sagu dah toskan
2- masukkan air + gula + pewarna + pandan dan rebus hingga mendidih
3- masukkan sagu dan masak hingga sagu menjadi jernih dan pekat
4 - kacau dalam 5 minit lagi  
6- masukkan kedalam bekas dan biarkan sejuk
7- bekas lain campurkan kelapa parut dan sedikit garam
8 - potong sagu yang sejuk tadi dan gaulkan bersama kelapa parut
9- sedia dihidangkan


tips :
-saya rasa tak perlu rendam sagu , sebab takut sagu menyerap air seterusnya menjadi sagu menjadi lembik . tapi basuh dan toskan wajib .
-jangan letak terlalu banyak air , nanti akan hilang kekenyalan kuih sagu .
-sagu juga boleh dikukus

FLY

Assalamualaikum 

hmm fly ?
fly
sebenarnya ramai tengok kawan-kawan dah mula fly sana sini . Alhamdulillah rezeki masing-masing.
tapi ada juga terbaca 

"semua orang dah fly , aku bila lagi ? *tanda sedih* "
"asyik aku je hantar orang fly hmmmmmm * menangis * "

mungkin lah fly UK , US , IRELAND dan seEUROPE dengannya best

tapi bagi akulah , serius aku dah penat fly dan biasa je sebenarnya dapat fly
kenapa ?

pertama :
duduk jauh dengan family tahu tak ? 

kedua :
tak dapat makan makanan malaysia yang asli tahu tak ? tambah dekat my tempat  macam-macam rasa dah mm

ketiga:
kalau mengidam sesuatu dari malaysia kena minta pos tahu ? tunggu pos tu lama tahu tak ? kena bayar lagi
tambahan lagi ,raya hari tu tak balik minta pos kuih raya tapi sampai-sampai kuih raya dah tinggal serbuk . kena makan dengan sudu okay . well kuih tu pun habis juga hahaha

keempat:
kalau nak balik kena naik flight ,  kalau jauh berbelas-belas jam dalam flight bosan dan boleh keras badan you know.paling berharap untuk sampai cepat .lebih banyak tidur tengok movie makan tidur .
tapi kalau flight pagi best sebab nampak awan macam cotton candy kalau malam macam galaxy . ahhh saya jatuh cinta .

kelima:
bila dekat sana kau kena interact dengan orang sana , kalau dekat egypt mostly kena guna bahasa diorang and kalau dekat india mostly english ( serius english aku dah macam mm bukan power tapi you know campur campur belit belit lintang pukang)


apa pun bersyukur dengan apa yang kita dapat sekarang . ada baik dan buruk fly . 



Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum and hai 

well , selepas telan 5 botol yakult , 6 keping seaweed , 2 bungkus laksam dan sekarang tak boleh tidur
sebab kembung sangat perut

Alhamdulillah first time buat and menjadi ,so jom proceed !


*ini gambar google , saya tak sempat tangkap gambar dah masuk perut (:*

BAHAN-BAHAN
sumber : Azie's kitchen

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

CARA-CARA

sumber : saya dengan bangganya 

1- larutkan cream cheese , butter , susu dengan cara double boiler dan sejukkan
2- Dalam bekas lain campurkan tepung kek , tepung jagung , lemon , garam , kuning telur . (sila ayak tepung )
3- kemudian campurkan larutan cream cheese , butter , susu tadi dengan tepung jagung , tepung kek , kuning telur , lemon dan garam . gaul guna spatula hingga sebati
4-Dalam bekas lain pukul putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan lemon , 
pukul sedikit (kelajuan sederhana )
5 - kemudian masukkan gula  sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan lemon tadi dan pukul dengan kelajuan tinggi. pukul sehingga berkilat and bertanduk ' stiff peak form'
6 - campurkan kedua-dua bahan A dan B dan kacau hingga sebati (guna spatula je)
7- panaskan oven 160c dahulu dalam 30 min
8-sediakan loyang/bekas kek 8inci ( digriskan dan salut dengan kertas minyak )
9-tuang adunan kek ke dalam bekas
10-bakar kek  menggunakan kaedah bain-marie (water bath ) di dalam oven suhu 160c  selama 1 jam 10mins

tips 
Cotton Soft Japanese Cheesecake *PENTING! * :
-Telur in room temperature
-semasa asingkan telur pastikan tiada telur kuning TIDAK BERCAMPUR LANGSUNG dengan telur putih
-sila tapis larutan cheese,butter,susu sebelum dicampurkan kedalam tepung-tepung then baru campurkan dengan bahan B ( putih telur , gula , lemon yang tela dipukul ) 
-sila balut bekas kek dengan kertas aluminium takut sewaktu bakar air termasuk dalam kek ,tapi saya tak balut pun sebab takde kertas aluminium
-untuk kali terakhir sila tapis campuran bahan A dan B sebelum dituang kedalam bekas kek . 


okay sayonara (:





Alhamdulillah ,soooo this is INDIA

Assalamualaikum and hi

sebab malas study and still dekat page yg sama and internet ada so kita tulis blog lah.
excited tak ? hmm okay :D

alhamdulillah selamat sampai on 25th Nov 2013 
 perjalanan yang dekat sebenarnya tapi transit alahai berbelas-belas jam so tidur peluk beg jelah .

actually tiada gambar sebab semua dalam phone malas nak transfer so kita gambar google je okay (:

Taj Mahal nak pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

nanti cerita pasal dekat sini lagi
and seriusly kalau sehari tak peluh tak sah (cakap winter ,eh india ada winter ke? )so kita beli payung .dulu malu juga lah nak pakai payung yelah typical melayu kampung selagi tak hujan tak berpayung.

tapi nak jaga muka kena lah berpayung eh .yelah untuk bakal suami juga opps ! insyaALLAH (:

ASSALAMUALAIKUM AND NASMASTEEE


Mari Berpuasa Tasu'a & 'Asyura

assalamualaikum and hi 


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

sebaik-baiknya berpuasa pada hari Tasu'a ( 9 muharam ) agar tak menyerupai orang yahudi yang berpuasa pada hari asyura sahaja.

tapi bolehkah puasa asyura satu hari sahaja ? sila baca disini untuk tahu lebih lanjut -SINI-

niat :

pada 9 muharam

pada 10 muharam


jika saya salah mohon ada yang betulkan .saya bukan someone yang arif pasal agama tapi tak salah nak berkongsi kan (:

sekian